Jusmate 5
Testimoni
Espresso-XY
Dok-K
dR-Betes
dR Q10
dR Hepar
dR 8
DR 11
dR Silky
Soalan Lazim
AMARAN!!! Pihak HQ HERBA PRIMA MARKETING (HPM) Jitra telah mengesahkan sebarang produk yang mendakwa sebagai produk HPM yang dijual di kedai-kedai adalah palsu. Produk palsu ini boleh menyebabkan kanser dan kegagalan buah pinggang. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan masih engkar atas pemakluman ini. Produk ORIGINAL hanya boleh diperolehi melalui wakil pengedar sah yang diiktiraf oleh Syarikat HERBA PRIMA SDN. BHD. seperti wakil pengedar Jusmate 5 Pekan, Pahang, Norhafizah Nordin Hotline: 013-9040 627. Harap maklum

Thursday, January 21, 2010

Perubahan Kaedah Penghantaran Jusmate 5

Seperti yang dimaklumkan dalam entri terdahulu, terdapat sedikit perubahan kepada sistem pengiriman/penghantaran produk HPM kepada para pelanggan. Diharap semasa membuat pesanan, berilah alamat lengkap yang membolehkan pihak Skynet menghantar pesanan terus ke rumah anda.

Jika pesanan tidak sampai dalam jangka masa yang berpatutan, segeralah berhubung dengan dengan Herba Prima melalui hotline 04 9175377 dengan menyertakan maklumat kepada staff HPM sepertimana yang anda berikan kepada Wakil HPM anda, untuk menentukan status pesanan anda.

Tuesday, January 5, 2010

Kaedah Baru membuat Pesanan Jusmate

Beberapa hari lalu, kami dimaklumkan oleh pehak pengurusan Herba Prima mengenai perubahan kaedah membuat pesanan produk Jusmate.

Mulai sekarang, semua penghantaran produk Jusmate akan dihantar terus ke alamat pengguna oleh syarikat courier SkyNet.

Bagaimana pun pesanan untuk mendapatkan produk Jusmate masih perlu dibuat melalui Pengedar yang berkaitan dengan ahli/pengguna tersebut. Dengan demikian ketepatan butiran alamat hendaklah dipastikan semasa membuat tempahan, bagi mengelakan bahan yang dipesan tidak dapat dihantar oleh pehak courier.

Kenapa Berlaku Perubahan?
Kami difahamkan pehak HPM mengubah polisi ini kerana mendapati ada pengedar yang membuat pesanan dengan kuantiti yang banyak dan kemudian menjualnya dengan harga dibawah paras yang dibenarkan oleh HPM. Ini menyebabkan pengedar lain yang mematuhi peraturan, mendapat komplein daripada pengguna kerana ada pehak yang menawarkan harga yang lebih rendah daripada yang ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan berlaku "kerosakan kepada struktur" harga rasmi seperti mana yang di publishkan selama ini.

Alternatif
Bagi menangani masaalah ini, HPM telah membuat keputusan bahawa setiap pesanan tidak lagi akan dihantar ke alamat pengedar sebaliknya terus kepada pelanggan, supaya pengedar yang tidak bertanggungjawab tidak mempunyai stok untuk membuat "jualan murah".

Risiko
Perubahan polisi penghantaran ini dilihat boleh mendatangkan beberapa kesan negatif kepada pengedar dan juga HPM sendiri seperti berikut:

1. Bagi pengguna luar bandar yang tidak mempunyai alamat tepat seperti nama jalan dan nombor rumah, tidak akan menerima penghantaran daripada Skynet kerana pehak courier tidak akan dapat menyerahkan bungkusan kerana tidak dapat mengesan rumah yang berkenaan yang hanya beralamatkan nama kampung sahaja.

2. Bagi pengguna yang mempunyai alamat rumah yang lengkap tetapi bekerja di luar rumah juga menghadapi masaalah dimana sewaktu pekerja Skynet tiba di destinasi yang tercatat pada bungkusan, mendapati tidak ada sesiapa si rumah kerana berada ditempat kerja. Disini penyerahan bungkusan juga tidak dapat dilakukan.

3. Apabila Skynet gagal membuat penyerahan bungkusan, akan berlakulah kekecohan yang tidak sepatutnya berlaku dimana pihak pengguna akan menuduh Pengedar tidak membuat pesanan. Pengedar pula akan menyalahkan HPM kerana tidak membuat penghantaran. HPM pula akan menyalahkan Skynet kerana gagal membuat penyerahan.

4. Apabila situasi ini berlaku, pehak Pengedar akan menjadi mangsa apabila pengguna naik marah dan menuntut dipulangkan wang mereka sedangkan wang tersebut telah pun dibayar kepada HPM.

5. Disatu segi yang lain, jika Pengedar yang mendahulukan wangnya untuk membuat pesanan, risiko kerugian adalah tinggi jika pengguna yang menerima produk secara langsung daripada HPM. Kemungkinan besar berlaku ialah pengguna setelah mendapat barangan, tidak akan membuat bayaran kepada pengedar.

6. Bagi jangkamasa panjang, dikhuatiri struktur rangkaian pemasaran seperti yang dipraktikan sekarang menjadi rosak akibat daripada sistem penghantaran yang gagal dilaksanakan dalam jangkamasa yang munasabah.

7. Pengedar yang tidak jujur masih banyak peluang membuat pesanan dengan "melahirkan anak baru" dan "cucu baru".

8. Ahli yang setia dan membeli berterusan juga akan menghadapi kemungkinan dituduh oleh HPM terbabit dalam "konspirasi" dengan pengedar dan ini boleh membantutkan "penyebaran produk HPM" kepada kaum keluarga mereka.

Pandangan
Polisi penghantaran baru ini lebih banyak memberi kesan negatif kepada pengedar dan kepada HPM sendiri. Akan timbul tuduhan pecah amanah terhadap pengedar bila pesanan tidak dapat disempurnakan oleh syarikat courier. Pada akhirnya HPM sendiri yang mendapat kesan paling tinggi.

Polisi baru ini bukan jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi masaalah pengedar yang tidak jujur. Menghukum pengedar tidak jujur dengan menyeretkan masaalah itu kepada semua pengedar lain membuatkan masaalah lain pula timbul.

Adalah disarankan:
1. HPM membuat siasatan mengenalpasti pengedar yang tidak jujur itu dan membatalkan keahlian. Mungkin siasatan ini mengambil sedikit masa tetapi saya pasti boleh diketahui dengan cepat dengan mendapatkan maklumat melalui ahli-ahli sedia ada dan juga pengedar.

2. Membuat perjumpaan dengan semua pengedar bagi mencari jalan untuk mengatasi masaalah ini supaya keputusan yang diambil tidak merugikankan pengedar, lebih-lebih lagi nama baik HPM kekal bersih tanpa apa-apa tohmahan.

Marilah sama-sama kita memberi input kepada pihak pengurusan HPM supaya satu pendekatan yang menang-menang boleh dicapai oleh kedua-dua pihak.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini Anda boleh mendapatkan terus dari kedai kami di alamat sebelah kanan atas page ini atau membuat pesanan online dengan mengikuti langkah2 di bawah:

  • 3 KOTAk JM5 = RM480.00 dengan BONUS keahlian PERCUMA

  • 1. Hantarkan pesanan(SMS) dengan menaip:

    Tempah (JM5 atau DR II atau Dock-K atau produk lainnya)

    ke nombor di bawah

    013-9040 627

    2.  Anda akan menerima SMS pengesahan yang tempahan anda telah diterima

    3. Seterusnya anda perlu bank in/transfer ke akaun pengedar SAMAADA MAYBANK ATAU CIMB mengikut jumlah barang yang dipesan atas nama pengedar aktif anda - NORHAFIZAH NORDIN (ahli dan pengedar aktif CAWANGAN PEKAN PAHANG)

    MAYBANK

    1562 3500 7078
       ATAU
    CIMB

    0602 000 1336 207

    4. Setelah selesai pembayaran, sila hantarkan butir2 pembayaran dan maklumat anda seperti dibawah untuk urusan penghantaran.

    NAMA:
    KAD PENGENALAN:
    ALAMAT:
    NAMA PASANGAN:
    KAD PENGENALAN:
    JUMLAH BAYARAN:
    MASA DAN TARIKH TRANSAKSI:
    BANK:


    Hantarkan maklumat tersebut secepat mungkin secara SMS atau email terus ke
    mentigajaya@hotmail.com atau sang_merah01@yahoo.com


    ```~~~Penghantaran ke Seluruh Malaysia adalah PERCUMA dan Penghantaran Berhampiran saya adalah by hand (Percuma)~~~```

     
    | Rihanna Fashion | Hit On Sean | ÇOK SEKSİ | Rest The Story | Soul |Don't Bar |Umbrella|Mencap's | Vanessa | Rihanna Hairstyles | Rihanna Styles